NOTA STPM EKONOMI PENGGAL 3
BAB 1 PENGANGGURAN, GUNA TENAGA DAN UPAH
Tenaga buruh
Penduduk yang berumur antara 15-64 tahun sama ada yg bekerja atau yg menganggur kecuali suri rumah, pelajar, OKU dan pesara.Penganggur
Tenaga buruh yg tidak melakukan sebarang kegiatan ekonomi dan sedang aktif mencari pekerjaan tetapi belum memperoleh pekerjaan. Guna tenaga penuh tercapai apabila kadar pengangguran 4% atau berkurang.Guna tenaga
Jumlah tenaga buruh yg sedang bekerja dan aktif menjalankan kegiatan ekonomi.- Guna tenaga= Tenaga buruh-Penganggur
- Pengangguran=Tenaga buruh-Guna tenaga
- Kadar pengangguran(%)=Jumlah penganggur/Jumlah tenaga buruh X 100
- Kadar pengangguran(%)=Tenaga Buru-Guna Tenaga/Tenaga Buruh X 100
Jenis-jenis pengangguran
Pengangguran struktur→Berlaku kerana perubahan struktur ekonomi negara.Perubahan daripada sektor pertama kepada sektor kedua menyebabkan berlakunya penggguran kerana pekerja tidak mempunyai kemahiran dan mobiliti. Bersifat jangka panjang dan sukar diatasi.
→Cara mengatasi
1.Perancangan pembangunan sumber tenaga manusia. Penyediaan kemahiran dan pembentukan modal insan di IPT/ institusi kemahiran oleh kerajaan utk menyediakan keperluan kemahiran yg diperlukan pasaran kerja.
2.Kemahiran dan latihan buruh. Penyediaan dan penambahan institusi kemahiran spt politeknik dan Institusi Kemahiran Mara (IKM) menyediakan belia dgn pelbagai kemahiran yg sesuai utk membantu mereka mendapat pekerjaan.Mobiliti buruh juga meningkat dan mengurangkan pengangguran struktur.
Pengangguran bermusim
Berlaku akibat perubahan musim.Contohnya, musim tengkujuh nelayan tidak dpt turun ke laut dan terpaksa menganggur. Pengangguran jangka pendek dan dpt diramalkan.
Pengangguran geseran
→Berlaku kerana pekerja secara sukarela berhenti bekerja utk mencari pekerjaan yg lebih baik. Wujud kerana pekerja kurang mobiliti dan tiada maklumat tentang peluang pekerjaan.Bersifat jangka pendek dan sentiasa wujud.
→Sebab berlaku:
1. Mencari pekerjaan yg sesuai @ pekerjaan baharu berdasarkan kelayakan dan kemahiran yg dimiliki
2. Mencari pekerjaan yg lebih baik daripada pekerjaan sekarang
3. Proses pengambilan pekerja oleh majikan lama
→Langkah-langkah mengatasi:
1.Menyebarkan maklumat yg lengkap tentang pekerjaan melalui media massa dan internet.
2.Meningkatkan mobiliti buruh spt menyediakan kemudahan asas spt pengangkutan dan tempat tinggal
3.Mempercepatkan proses pengambilan pekerja jika terdapat kekosongan.
Pengangguran kitaran
Berlaku kesan daripada perubahan ekonomi globa yg tidak stabil. Akibat kemelesetan ekonomi, permintaan agregat adalah rendah dan firma mengurangkan pengeluaran dan buruh.Pengangguran jangka panjang dan sukar diramal.
→Sebab berlaku:
1.Kekurangan perbelanjaan agregat semasa kemelesetan ekonomi.
2.Menyebabkan stok firma bertambah, firma mengurangkan keluaran dan tenaga buruh dikurangkan.
→Kesan buruk:
1.Menjejaskan taraf hidup rakyat
2.Menjejaskan pertumbuhan ekonomi
3.Pembaziran sumber
Pengangguran teknologi Berlaku kerana penggantian buruh dgn penggunaan mesin dan alatan moden dlm proses pengeluaran utk meningkatkan daya pengeluaran. Pekerja kurang mahir dan separuh mahir semakin kurang digunakan dan mereka terpaksa menganggur.
Pengangguran tak ketara
Penggunaan buruh lebih banyak daripada bilangan yg sepatutnya digunakan. Lebihan buruh tidak menyumbangkan kpd jumlah pengeluaran kerana keluaran sut negatif/sifar. Juga dikenali sebagai pengangguran tersembunyi atau pengangguran tak nampak. Biasanya berlaku dlm sektor pertanian di negara yg kurang maju yg mengalami kadar pertumbuhan penduduk yg tinggi.
→
评论
发表评论